Perjalanan ke New Zealand

Image result for auckland new zealand

Transport nak ke New Zealand biasalah, menggunakan kapal terbang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana lebih kurang 11 jam. Bila sampai di Auckland Airport, pastikan anda declare barang makanan dan ubat-ubatan yang dibawa. Setiap orang akan diberikan borang declare sebelum sampai ke Auckland Airport. Kalau anda tak declare, dan terkantoi, anda akan dikenakan saman on the spot 400NZD tanpa rasa belas kasihan oleh kastam New Zealand.

Pastikan juga semua makanan yang dibawa ialah makanan yang berada dalam packaging yang proper. Yang ada list ingredient dan masih lagi belum dibuka. Senang ke lepas kastam? Haa, bergantung kepada rezeki dan  budi bicara pegawai yang memeriksa. Tapi, disini biasanya dah makan masa selama 1-2 jam.

Kat Auckland Airport ni pun boleh beli simkad untuk internet. Ada macam-macam jenis pakej lain yang korang boleh beli ,ada pakej call, idd ,msg dan internet. Kalau anda jenis yang sentiasa buka media sosial seperti Facebook dan Instagram, kami sarankan anda beli 4GB sahaja jIka anda travel dalam 2 minggu.

Pengalaman Memandu di New Zealand

Image result for memandu di new zealand

Nak drive kat New Zealand ni tak susah mana pun. Macam drive kat Malaysia juga, cuma jalan kat sini lebih rata dan selamat walaupun di kawasan yang bergunung dan berbukit. Had laju yang dibenarkan mestilah tak melebihi 100km/h. Melainkan ada sesetengah jalan yang ada ketetapan had laju sendiri. Kena la ikut.  Kalau di town pula biasanya 50km/h. Alert dengan segala signboard di tepi jalan ok.

Memandulah dengan berhemah, kalau tak bersedialah kena saman. Jangan disangka jalan yang bergunung dan bertasik takda polis ye. Kadang-kadang kereta polis tu muncul tiba-tiba je, tak tahu dari mana arah. Pastikan anda mengawal had laju ketika memandu kalau taknak duit terbang sebab kena saman.

Sepanjang perjalanan di South Island anda memang akan dijamu dengan pemandangan gunung-ganang dan tasik yang memukau. Orang kata macam jatuh cinta berkali-kali la. Sejuk je hati dan mata memandang. Tak puass! Kalau pergi masa musim panas, dapatlah tengok bunga lupin dan lavender di mana-mana sahaja. Ehh, rugi tau kalau tidur dalam kenderaan. Lagi satu, pastikan cermin kereta anda berada dalam keadaan yang bersih. Barulah cantik kalau nak ambil video atau gambar ketika dalam perjalanan.

Image result for pemandangan new zealand

Jangan lupa untuk berhenti di tepi jalan bila mana ternampak signboard ‘Scenic Lookout’. Ambil peluang bergambar banyak-banyak. Beli siap-siap memory card extra supaya anda tak kecewa kalau memory dah penuh. Alang-alang dah spend duit ke New Zealand biar la takda tinggal kenangan yang menyedihkan betul tak? Balik ke Malaysia nanti confirm rindu New Zealand.

Image result for pemandangan new zealand

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin