Makanan yang Baik untuk Si Kucing

Bagaimana memilih makanan kucing?

Mahukan yang terbaik untuk si bulu tetapi tak tahu bagaimana untuk menentukan makanan kucing yang paling sihat, menambah selera dan memenuhi keperluannya? Selain daripada nutrisi dan zat protein, khasiat seimbang juga perlu diambil kira.

Sentiasalah  merujuk kepada label paket makanan. Sama ada kucing anda mengalami keguguran bulu, najis terlalu berbau, berat tidak bertambah mahupun masalah batu karang, ketahui jenis makanan kucing yang sihat dan memenuhi keperluan si manja.

ROYAL CANIN

Image result for royal canin cat food

Royal canin antara makanan kucing yang paling popular. Ia kaya dengan kandungan protein. Produk makanan kucing Royal Canin dibuat khusus untuk memastikan kucing anda mempunyai diet yang seimbang dan kaya dengan kandungan protein. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan selera makan kucing anda. Makanan jenis bbasah yang dibungkus dengan kandungan air yang tinggi akan meningkatkan tahap pengambilan air kucing anda. Ini akan membawa kepada sistem urinari yang sihat.


POWER CAT

Image result for power cat food
Diperbuat daripada bahan semula jadi yang dijamin Halal, POWER CAT mengandungi 32% protein dan boleh didapati dalam dua perisa iaitu tuna dan ikan laut segar. Antara manfaatnya adalah  mengekalkan sel darah merah, menguatkan tulang dan gigi, memperbaiki sistem pencernaan dan saraf, menjelaskan visual, menguatkan imunisasi dan mengekalkan bulu yang sihat serta berkilau.
Harganya dipasaran adalah mampu milik, sekitar belasan ringgit untuk bungkusan 1.3kg.


PRO DIET 


Image result for pro diet cat food

Makanan Kucing Jenama Pro Diet mempunyai Fibre, Vitamin, Mineral, Fatty Acid Dan Protein yang mana di perlukan Oleh kucing kesayangan Kita. Diperbuat dari Ikan Segar, tiada bahan pengawet, mengadungi omega 3 untuk penglihatan dan kepekaan yang lebih baik. Jenama ini didatangi dalam dua jenis iaitu makanan basah (wet food) dan makanan kering (dry food).


FRISKIES

Image result for friskies cat food

Jenama ini menyajikan rasa tuna, salmon, ikan mas, kepiting dan udang, ia mengandungi protein, asid lemak penting, Omega 3 & 6, antioksidan dan Vitamin A untuk mengekalkan otot-otot tanpa lemak dan menyokong kulit dan otot yang sihat. Ia juga dirumuskan secara khusus untuk penglihatan yang jelas dan kekebalan tubuh yang sihat supaya kucing anda dapat meneruskan hari dengan gembira. Juga datang dalam bentung kering dan basah.


Perlu diingat, kucing mengandung dan menyusu mungkin memerlukan 2-4 kali jumlah makanan harian yang normal. Garis panduan pemakanan adalah purata dan keperluan kucing anda mungkin berbeza. Pemakanan perlu diselaraskan seperti yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan badan yang ideal.

Selamat menjamu kucen!



Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin