Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Image result for social media

Penggunaan media sosial berlebihan mampu mendatangkan keburukan kepada sesiapa sahaja, sukar untuk menafikan bahawa gajet dan media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan hampir semua anak muda zaman ini. Instagram, Twitter mahupun Facebook sememangnya bikin ketagihan ramai orang lantaran platform komunikasinya yang interaktif, bebas dan rangkaiannya melangkau segenap benua.



Image result for disadvantage teenage use of social media

Ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri. Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.
Banyak perkara-perkara yang tidak diingin berlaku yang berpunca daripada masalah penggunaan media sosial berlebihan, antaranya :
1. Masalah mentalPenggunaan gajet dan media sosial secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan masalah mental malah semakin banyak kajian saintifik telah menunjukkan perkaitannya dengan kes-kes kemurungan, keresahan melampau (anxiety disorder) dan perilaku impulsif.
Terdapat banyak teori yang membincangkan tentang perkaitan antara penggunaan media sosial yang berlebihan dengan masalah mental. Antaranya ialah:
  • Pendedahan kepada masalah gangguan secara maya seperti buli siber.
  • Teori behavioural displacement yang mana masa berlebihan di media sosial menyebabkan semakin berkurangnya gaya hidup sihat (bersukan, berekreasi dan bersosial).
  • Fenomena fear of missing out. Lazimnya berlaku dalam kalangan remaja di media sosial yang menyaksikan mereka sentiasa terdedah kepada tekanan untuk sentiasa mengikuti trend terkini. Ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada tekanan sosial, rasa rendah keyakinan diri dan kemurungan.
  • Teori social displacement. Persahabatan maya telah menggantikan persahabatan realiti. Akibatnya ramai yang hilang kemahiran bersosial dan sokongan sosial yang diperlukan dalam keadaan seseorang itu mengalami tekanan hidup.
Image result for social media vs mental health Image result for social media vs mental health"

2. Medium membunuh
Image result for social media vs killing
Pada zaman milenial, kita lihat internet ibarat isi dan kuku dalam diri seorang manusia. Jika penggunaannya kena pada caranya, tiada masalah. Namun, jika inovasi yang telah memudahkan kehidupan disalah gunakan, tidak mustahil ia berupaya merosakkan mental dan emosi seseorang. Persoalannya, manusia memanipulasi teknologi atau teknologi yang telah memanipulasi manusia?
Hanya disebabkan pengaruh dengan keputusan majoriti rakan-rakan di media sosial, seorang remaja di Batu Kawa, Kuching, Sarawak memilih menamatkan riwayatnya. Itu bukan satu cerita rekaan sebaliknya satu kes benar yang berlaku pada 13 Mei lalu.
Berdasarkan laporan media tempatan, remaja 16 tahun itu telah 'merealisasikan' pilihan netizen yang mengundinya untuk 'mati'. Dengan pemikiran yang kurang waras, mangsa didakwa nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai.
Segalanya dipercayai bermula apabila gadis muda itu telah membuat satu undian dalam laman Instagramnya dengan status ‘Really important, help me choose D/L’. D bermaksud die (mati) dan L merujuk live (hidup). Selepas undian final dibuat, 69 peratus rakan Instagramnya memilih D manakala 31 peratus lagi memilih L. Sebelum kejadian, mangsa juga dikatakan sempat membuat catatan di Facebook, 'Wanna Quit Life I’m Tired'. 
Tragedi itu sangat mengharukan. Sungguh menyedihkan melihat seorang pelajar yang masih mentah membuat kesimpulan mudah untuk meragut nyawanya dengan hanya satu pungutan suara di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin