Baka Kucing Popular



  

Terdapat banyak kajian mendapati bahawa membela kucing dapat mengurangkan stress dan menurunkan tekanan seseorang. Ini kerana gelagat si kucing yang agak nakal dan comel mampu mencuit hati setiap orang tambah-tambah lagi fizikalnya yang berbulu lebat, dan berperangai manja.
Terdapat banyak jenis kucing yang dibela, antaranya ialah :

1. Munchkin Cat

Secara fizikalnya, kucing ini kontot pendek yang mempunyai kaki yang ketot. Walaupun cara berjalan yang kelakar dan kesukaran untuk melompat, baka Munchin adalah baka yang sihat. Ia mampu hidup selama 12 hingga 15 tahun. Harga untuk seekor kucing ini mencecah ratusan dan ribuan ringgit antara RM 500 - RM 1500.

Image result for munchkin cat gif"


2. Persian Cat

Kucing jenis ini sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak kerana haiwan ini sangat jinak dan mengharapkan perhatian. Memiliki bulu yang panjang dan tebal menutupi seluruh badan. Bulu kucing parsi hendaklah sentiasa disikat untuk mengelakkan gumpalan bulu yang merosakkan bulunya. Oleh sebab itu, kucing ini sangat suka sekiranya bulunya disikat. Secara umumnya, kucing ini adalah pendiam dan selamba tetapi sangat mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Kucing ini mempunyai harga yang tinggi untuk dibeli dan ada jenisnya yang mencecah puluhan ribu. 

         Image result for kucing parsi gif"


3. Siberian Cat

Kucing Siberia adalah kucing yang mudah dibela sebagai haiwan peliharaan. Baka ini datang dari Russia dan dianggap sebagai kucing kebangsaan negara itu. Kucing Siberia amat jarang didapati di luar Eropah dan mula popular sejak 1990 selepas diimport oleh Amerika Syarikat. Secara fizikal, kucing ini mempunyai tekstur bulu berkilau yang unik, tidak seperti kucing jenis lain dan tidak mempunyai belang atau bintik yang khusus. Kucing jenis ini juga telah digunakan di dalam filem "Nine Lives".

kucing siberia baka tercantik dalam dunia   Image result for siberian cat gif"


4. British Shorthair

Ramai orang mengenali British Shorthair sebagai kucing berbulu kelabu, baka ini juga sebenarnya datang dalam hampir 30 warna dan corak yang berbeza. Semua kucing British Shorthair berbulu pendek dan mempunyai mata yang sangat bulat.British Shorthair juga mempunyai banyak warna mata yang berbeza, dan bukan sahaja warna tembaga atau kuning. Mempunyai bulu yang pendek tetapi tebal dan warna yang biasa blue (keseluruhan berwarna kelabu) atau silver tabby. Kucing ini bersikap sungguh penyayang dan manja. Selalunya, mereka suka berdiam dan tidak memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik. Sesuai untuk dibela di dalam apartmen kerana mereka kurang merayau.

Image result for british shorthair Image result for british shorthair gif"

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin