Mitos Tentang Kesihatan

Terdapat beberapa kepercayaan atau pun tanggapan yang biasa didengari dalam kalangan masyarakat pada masa kini dan juga generasi-generasi sebelum ini. 

Mari kenali beberapa mitos yang sering dibincangkan.

1. Supplemen adalah lebih baik daripada ubat-ubatan.

Dengan lambakan produk suplemen di pasaran, ditambah dengan pelbagai medium untuk mempromosikan produk tersebut termasuk radio dan televisyen, ada yang mendakwa bahawa suplemen lebih baik berbanding ubat sehingga mereka tidak mahu mengambil ubat.

Ia adalah dua perkara yang berbeza dan bukannya alternatif. Tambahan pula, banyak suplemen yang tidak diuji secara menyeluruh dari sudut keselamatannya. Lebih teruk lagi apabila ia berselindung di atas nama agama!





2. Tidak makan ubat tahan sakit kerana bimbang buah pinggang rosak.

Ubat tahan sakit dikategori sebagai ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang sememangnya mengurangkan peraliran darah ke buah pinggang. Ianya hanya akan merosakkan buah pinggang sekiranya diambil terlalu lama pada kadar dos yang berlebihan. Sebab itu pentingnya mengambil apa jenis ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor perubatan yang berdaftar secara sah.


3. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Paru-paru berair adalah keadaan di mana terdapat cecair di dalam lapisan yang meliputi paru-paru. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai pleural effusion. Antara puncanya adalah kegagalan jantung, jangkitan tuberkulosis atau trauma pada paru-paru. Tiada bukti yang menunjukkan mandi malam boleh mengakibatkannya.



Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/32882/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/mitos-kesihatan, https://hellodoktor.com/







Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin