Keindahan Bumi Kashmir

Siapa pernah tengok filem Bajrangi Baijhaan? Terdapat babak di dalam filem tersebut yang menunjukkan keindahan Kashmir terutamanya di hujung cerita tersebut. Kashmir sememangnya sebuah tempat yang cantik dan menarik kerana pemandangan yang indah sehingga ada yang menggelarkan syurga dunia. Ada juga menggelarkannya Switzerland Asia kerana pemandangannya mirip dengan gunung-ganang di Swirzerland.

Image result for kashmir"

Cara-cara untuk ke sana adalah melalui pengangkutan udara iaitu kapal terbang dan pilih lapangan yang bersesuaian untuk mendarat seperti Lapangan Terbang New Delhi dan lain-lain. Ada juga yang memilih untuk menggunakan jalan darat terutamanya mereka yang berada di negara China kerana kewujudan Lebuhraya Karakoram, di mana lebuhraya ini hasil daripada hubungan persahabatan antara negara Pakistan dan China di mana panjang lebuhraya ini sekitar 1300 km.


Akan tetapi, memasuki melalui negara Pakistan sedikit rumit kerana visa hanya akan dikeluarkan sekiranya seseorang itu mendapat jemputan daripada penduduk atau mana-mana organisasi dalam negara Pakistan itu. 

Antara lokasi yang menarik perhatian di Kashmir ini adalah

1. Gulmarg

Image result for gulmarg kashmir"


Tempat adalah tempat yang paling popular dengan pemandangan salji yang menutupi kawasan ini. Ia sama seperti sedang berada di Pergunungan Alps. Di sini terdapat cable car dan gondola bagi memudahkan pelancong untuk naik ke puncak.

2. Srinagar

Image result for srinagar kashmir

Srinagar terkenal dengan Tasik Dhal dan house-boat. Ramai penjaja menjaja makanan di sekitar tasik tersebut. Aktiviti perniagaan di sini mengikut musim. 

3. Sonamarg

Image result for sonamarg kashmir

Tempat ini merupakan tempat yang tidak dapat dimasuki ketika musim sejuk, kerana keadaan salji yang sangat tebal dan tiada penduduk yang menetap di kawasan itu. Hanya ada pusat informasi dan masjid sahaja. Pada musim panas, tempat ini masih bersuhu sejuk dan memerlukan pemakaian yang tebal sama seperti musim sejuk biasa.

Kelihatan Kashmir adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi selepas ini!

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin