Teknologi 5G

Image result for Kelebihan 5G

DUNIA teknologi hari ini semakin mengorak langkah melalui penggunaan jaringan 5G yang memberikan kadar kelajuan lebih pantas dan stabil. Jika sedekad lalu, teknologi 5G ini mungkin hanya sebagai teori, namun hari ini tidak lagi apabila teknologi itu sudah mula diperkenalkan dan bakal digunakan secara meluas dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Secara asasnya, teknologi 5G sudah wujud namun adakah kegunaannya praktikal untuk peringkat awal ini atau memerlukan lebih banyak masa untuk pembangunan infrastruktur? Kini, kebanyakan kawasan utama di negara sudah menikmati jaringan 4G+ yang memberikan akses data paket yang baik dan stabil.

Image result for Kelebihan 5G"
5G (atau 5th generation) merupakan terma yang sering digunakan untuk merangkakan generasi bagi teknologi rangkaian terkini. Untuk sambungan mudah-alih, standard yang dipilih untuk 5G ini dikenali sebagai NR yang bermaksud “New Radio”. Jika sekarang kita ada Long Term Evolution “LTE” sebagai standard rangkaian untuk 4G, akan datang kita ada NR untuk rangkaian 5G ini.

Kebaikan Jaringan 5G
Menerusi data 5G, jaringan ini menyokong kelajuan melebihi 10Gbps iaitu 10 hingga 100 kali ganda lebih laju berbanding jaringan sedia ada iaitu 4G atau 4.5G (LTE). Jaringan 5G ini bakal memberi kesan paling besar dalam industri sekali gus memperbaiki sebarang kekangan kemajuan sebelum ini.
Menerusi bacaan data untuk teknologi 5G, ia mampu untuk memberikan satu milisaat ‘latency’ dan keadaan itu membolehkan kemajuan dalam aspek pemanduan robot direalisasikan kerana mempunyai ciri ‘latency’ yang rendah berbanding teknologi sedia ada.
Ia juga mampu meningkat­kan kegunaan ‘bandwidth’ kepada 1,000 kali ganda setiap unit kawasan dan menyokong lebih daripada 100 kali ganda jumlah peranti yang menggunakan jaringan sama untuk satu-satu kawasan berbanding jaringan 4G LTE.

Benarkah Jaringan 5G Menjejaskan Kesihatan?
Ramai orang macam tidak faham mengenai radiasi dan menjangka 5G menyebabkan kanser atau ketumbuhan di otak. Teknologi 5G yang terletak dalam kategori radiasi non-ionising kerana selfon memancarkan radiasi radiofrekuensi (gelombang radio), tambahnya. Ultraviolet, cahaya tampak, infrared, gelombang mikro, gelombang radio adalah contoh radiasi non-ionising sementara ultraviolet light, sinaran-x, sinaran gamma dianggap sebagai ionising.
Sementara itu, seorang lagi penceramah, Penolong Pengarah Kanan di Kementerian Kesihatan Nursharul Aman Johari mencadangkan negara mempertimbang menggubal akta, sama seperti peraturan Perlindungan Radiasi (Radiasi Non-Ionising) Singapura pada masa depan. Katanya, ini bagi memantau dan melindungi pekerja atau individu bila bekerja menggunakan alat yang termasuk laser dan lain-lain sumber cahaya.

Sumber : astroawani, hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin