Menjelahi London dan Western Europe

Menjadi “trend” orang kita suka melancong beberapa negara Eropah sehingga 7-8 negara. WOW!! Banyak tu, Tapi tidak mengapa, seronok juga dapat merentasi 1 negara ke negara lain. Jauh perjalanan Luas pemandangan…dan banyak juga cabaran.

Perjalanan ke London & Eropah 5 negara (France, Belgium, Netherland, Germany & Swiss) selalunya menjadi pilihan orang- orang Malaysia untuk melancong di sekitar Eropah, lebih2 lagi di eropah barat. Perjalanan mengambil masa 11 hari 8 malam sudah cukup memadai untuk “cover” sebahagian tempat yang ingin dilawati . Almaklumlah, cuti pun tak lama, cukup la sekadar dapat cuti 8-10 hari. Bandar menjadi pilihan ialah, London, Paris, Brussles, Amsterdam, Volendam, zaanse schans, cologne, Heidleberg, Manheim, Rhienfall, Lucerne & Zurich.

1. Tower Bridge

Lokasi paling popular pelancong ambil gambar. Kalau datang london tak sah kalau tak ambil gambar ikonik london. Masing – masing dengan cara tersendiri ketika ambil gambar. Anda berpeluang mendekati lebih dekat dengan menaiki “Thames River Cruise”.

  Image result for tower bridge   Image result for tower bridge


2. Buckingham Palace

Bangunan yang penuh sejarah telah dibina pada tahun 1703. Buckingham palace sekarang diguna kan sebagai kediaman diraja London. Ia terletak di Westminster di tengah2 kota London. Menariknya, setiap jam 11:00 pagi waktu London (10:00 pagi hari ahad) ada upacara “ Changing of the guard Ceremony”, anda boleh lihat secara langsung pertukaran pengawal di pintu masuk Buckingham Palace. Majlis ini berlangsung selama 30 minit. Jika anda dating ke sini, jangn lupa saksikan upacara mereka lakukan setiap hari. Pastikan datang awal supaya tidak bersesak.

Image result for buckingham palace


3. Oxford Street

Tempat yang Tidak asing lagi bagi orang yang suka kan “Shopping, Shopping & Shopping!!”. Oxford Street yang panjang Jalan nya hampir 2km menawarkan lebih dari 300 Kedai & restoran. Ia nya antara “shopping Street” tersibuk di Europe dan menerima kunjungan hampir ½ juta orang setiap hari. Bayangkan sebulan berapa ramai datang?

Image result for oxford street  Image result for oxford street


4. Eiffel Tower

Kota Paris, Ia juga dikenali sebagai Kota Cinta. Pasangan yang sedang “Honeymoon” mesti terasa romantik jika bergambar atau pun makan berlatar belakangkan Eiffel Tower.

Image result for eiffel tower  Image result for eiffel tower

5. Zaanse Schans

Lokasi terletak 20 km dari bandar Amsterdam. Zaanse Schans Bahasa mudahnya boleh dikenali sebagai kampung kerana suasana nya sangat tenang, tanah menghijau. Anda boleh lihat ternakan seperti kambing meragut rumput. Di situ juga popular dengan pemandangan Windmill (kincir angin) anda berpeluang melihat demo penghasilan kasut terompah unik ( Clog shoe) dan juga cara menghasilkan cheese. 

Image result for zaanse schans  Image result for zaanse schans

Ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi!

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin