Impak ICT Kepada Kanak-kanak

Apakah kebaikan pendedahan ICT terhadap kanak-kanak?

1. Daya Kreativiti dan Imaginasi

Image result for imaginasi kanak

Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mengikut kajian kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapat dengan sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat mememberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.  Seterusnya murid akan menggambarkan sesuatu dalam benak fikiran mereka dan berlakulah peroses penaakulan dalam pencarian definisi dan penyelesaiaan masalah sebagaimana apa yang dilhat dihadapan murid tersebut.

2. Memudahkan Proses Pembelajaran

Image result for pembelajaran ict kanak

Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Iini kerana, melalui penggunaan ICT guru dapat mengambarkan sesuatu benda dan keadaan yang lebih tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara, video dan peta minda.

Apakah kesan buruk ICT terhadap kanak-kanak?

1. Mainan Interaktif Menjejas Potensi Pendidikan

Image result for video games kids playing

Mainan untuk pembelajaran akan menjejaskan potensi pendidikan kerana kebanyakan mainan interaktif telah dicipta berdasarkan tugasan pendidikan yang biasa. Pada mulanya, mainan ini akan memberikan motivasi untuk belajar tetapi kanak-kanak yang masih muda akan bosan dan berhenti mempelajarinya jika mereka tidak menguasai aspek operasi klik, skrol atau tindakan menekan.

2. Kurang Berkomunikasi

Image result for interaction kids and family

Tiada rangsangan perbualan antara orang dewasa dan kanak-kanak: interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia kerana teknologi terkini tidak boleh menggantikan elemen manusia dalam interaksi antara ibubapa dan anak.

3. Tidak Menggalakkan Pembelajaran Secara Inovatif

Image result for innovation for kids

Masalah operasi boleh diselesaikan dengan menggunakan komputer tablet tetapi penggunaan komputer tablet yang keterlaluan tidak akan menggalakkan pembelajaran secara inovatif kerana beberapa aplikasi yang dimuatnaik adalah merupakan satu salinan asal semata-mata contohnya buku elektronik.

Oleh itu, ahli keluarga perlu sentiasa mengawal dan memantau penggunaan gadget dalam kalangan kanak-kanak supaya sentiasa terkawal.

Comments

Popular posts from this blog

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Penyakit Kucing Yang Perlu Diperhatikan

Mitos Vaksin