Posts

Media Sosial Dalam Kalangan Remaja

Image
Penggunaan media sosial berlebihan mampu mendatangkan keburukan kepada sesiapa sahaja, sukar untuk menafikan bahawa gajet dan media sosial merupakan fokus utama dalam kalangan hampir semua anak muda zaman ini. Instagram, Twitter mahupun Facebook sememangnya bikin ketagihan ramai orang lantaran platform komunikasinya yang interaktif, bebas dan rangkaiannya melangkau segenap benua. Ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri.  Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar. Banyak perkara-perkara yang tidak diingin berlaku yang berpunca daripada masalah penggunaan media sosial berlebihan, antaranya : 1. Masalah mental Penggunaan gajet dan media sosial secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan masalah mental malah semakin banyak kajia

Impak ICT Kepada Kanak-kanak

Image
Apakah kebaikan pendedahan ICT terhadap kanak-kanak? 1. Daya Kreativiti dan Imaginasi Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Mengikut kajian kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila berhadapat dengan sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat mememberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.  Seterusnya murid akan menggambarkan sesuatu dalam benak fikiran mereka dan berlakulah peroses penaakulan dalam pencarian definisi dan penyelesaiaan masalah sebagaimana apa yang dilhat dihadapan murid tersebut. 2. Memudahkan Proses Pembelajaran Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah u